Saturday, October 19, 2019

BBM3410SATU2019: Instagram Minggu 6

Bila si merah bersatu dengan alam, Gunung Jerailah tempat pilihan.




Bila mak ngah marah anak-anak buah...
"Biasa dia tu, mak ngah kutey (cubit) sat gi baru hang tau! 😠

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa



Blog merupakan salah satu bentuk medium perbincangan bertulis dalam kalangan pelajar pada zaman kini. Kegunaan blog pada zaman kini kebanyakannya digunakan sebagai jurnal atau diari harian. Apa yang saya dapati ialah blog merupakan salah satu medium laman web yang mesra pengguna di mana pemilik akaun tersebut senang untuk diuruskan dan mudah untuk mengemaskini.

Blog juga boleh dianggap sebagai salah satu rangkaian sosial kepada masyarakat untuk berkomunikasi. Sebagai contoh, blog dapat menghubungkan antara pengguna dengan pengguna yang lain untuk saling berinteraksi. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa menulis blog dapat meningkatkan tahap penulisan serta meningkatkan keyakinan dalam menulis. Perkongsiaan tips dan cerita di dalam blog juga boleh dikongsikan dengan pembaca yang melewati blog tersebut. Terdapat fitur-fitur yang menarik seperti pembaca dapat meninggalkan komen atau butang kongsi. Menurut Levy, blog dapat meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan.

Oleh demikian, sesuatu blog itu ia mempunyai peranan tersendiri dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat dapat mencari maklumat berkaitan dengan resepi masakan, tips untuk melancong, perkongsiaan pengalaman dan sebagainya.  Apabila saya melayari blog, saya dapati terdapat perbezaan Bahasa di antara perempuan dan lelaki. Menurut Zaini Amir (2012) perempuan lebih cenderung atau lebih suka untuk menulis blog berbanding lelaki. Adakah dunia penulisan ini lebih sebati dengan wanita, hal ini kerana jalan penceritaan yang dikongsikan oleh wanita dalam laman blog amat menarik perhatian para pembaca. Mungkin tajuk yang menarik juga mampu mempengaruhi pembaca atau jalan cerita menarik juga mampu menarik hati pembaca. Keputusan menunjukkan bahawa menulis dengan menggunakan ayat-ayat yang sangat baik dan mempunyai jalan cerita yang menarik mampu menarik para pembaca untuk membaca laman blog tersebut. Jalan cerita atau tips yang dinyatakan oleh mereka seringkali berlaku dalam kehidupan. Daripada perkongsian tersebutlah ia dapat membantu insan-insan lain untuk menyelesaikan masalah dengan baik cepat dan memudahkan.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA




Apa habaq semua...

Hari ini cheq nak cerita sikit tentang keluarga cheq yang ada kat Kedah sana tu. Ayah gan Mak cheq orang Kedah juga, Ayah orang Bedong manakala Mak pula Orang Bukit Jenun. Antara Mak gan Ayah hampa rasa siapa paling garang? mesti la Ayah.

 Jadi Cheq dalam kategori anak jati Kedah la kan. Cheq ada enam orang adik-beradik, 4 lelaki dan 2 orang perempuan. Keluarga cheq banyak hero dari heroin. Tu yang kadang-kadang tu kami yang heroin ni pon terikut juga dengan perangai hero-hero yang kat rumah tu. Kadang-kadang tu boleh jadi kami lawan gusti. Anak yang kedua pulak, tentulah saya kakak mereka yang comey lotey. Cheq ada 4 adik bawah cheq, macam-macam kelaku depa empat orang ni, pening kepala cheq dik oiii. Adik yang pertama nama dia Nasrul a.k.a Ba Un atau kami adik beradik panggil dia Bang Bob. Dia ni jenis kuat makan, kalau nak ajak makan ajak dia, tobat dia mau ikut. Adik Cheq yang kedua ni pula nama dia Nazrin a.k.a Ba In atau Cik yen. Dia ni emosi dan mood cepat sangat berubah, kalau hari dia mood okay baik tu baik sungguh, kalau mood tak okay jangan la berani nak kacau dia. Dia ni dalam kategori anak  Mak. Dalam keluarga cheq dia la Pak Ustad kami al maklumlah Budak cerdik sikit. Adik cheq yang seterusnya ialah Nureen Karina Kari Kole atau juga dikenali sebagai Kenit. Dia la satu-satunya adik perempuan yang cheq ada. Dia ni badan kecil ja tapi suara kuat nak mampus. Benda yang kami sekeluarga mudah terhibur dengan dia adalah ketawa dia. Kalau hampa semua dengar tobat hampa semua pon terikut nak tergelak sekali. Okay adik cheq yang terakhir sekali ialah Nabil a.k.a Boteq. Dia ni peramah sikit tak padan dengan umur 5 tahun, perangai macam Budak sekolah rendah. Satu keluarga mudah terhibur dengan si Budak ni ialah sebab dia ni lain-lain pada yang lain, hyperaktif sangat. Jenis tak duduk diam ada sahaja projek dia. Kadang-kadang itu ramai ja orang kata yang adik cheq tu anak cheq. Muka cheq macam muka mak-mak orang dah ka. Apa-apa pon terima kasih la sudi membaca tentang kisah keluarga cheq. Jumpa lagi...

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019 : Tip Belajar Dengan Mudah









Pulun Jangan Tak Pulun
Bab Belajar Kita Kena Pulun Habis...


Hai kawan-kawan hari ini cheq nak bagi tip untuk belajar dengan mudah. Sebelum nak mula belajar tu baca bismillah dulu baru la masa nak belajar berkat. Ok semoga berjaya jangan mudah putus asa.

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019 : Bird's Eye View ( D' Rose Production)

Bird's Eye View


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Post kali ini ialah berkenaan dengan Bird's eye view atau dikenali sebagai pandangan seperti burung atau juga cara burung melihat dunia fana ini. Elemen ini menarik kerana ia berkenaan dengan pandangan daripada atas...pandangan ini amat menarik bagi saya tetapi kadang-kadang boleh membuat diri ini gayat untuk melihatnya...oleh itu, nak ambil gambar seperti ini perlu ada perasaan tidak gayat ya. Lagi satu anda perlu hati-hati kerana keselamatan anda lagi penting dari sekeping gambar. 

BBM3410Satu2019 : Over The Shoulder ( D' Rose Production)

Over The Shoulder


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3

Post kali ini ialah berkenaan dengan asas fotografi over the shoulder. Sebelum hampa semua nak buat ini kena minta izin salah seorang untuk beri kebenaran pinjam bahu...tanpa bahu maka tidak jadilah over the shoulder hampa semua tu...jadi syarat pertama ialah bahu ya kawan-kawan baru gambar menarik. Berdasarkan gambar di atas, kami dikehendaki untuk menangkap gambar over the shoulder, jadi sebahagian bahu ahli kumpulan diguna pakai. Oleh itu, maka terhasil la ketiga-tiga gambar di atas. 

BBM3410Satu2019 : Mug Shot ( D' Rose Production)

Mug Shot Tiga Emosi


Emosi Marah
Kawan-kawan sekalian, emosi marah jangan buat main-main, sekali kena marah menangis tepi bucu katil, hahahahahaha...selalunya marah itu tanda sayang tau kawan-kawan...ya la kalau tak marah kesilapan manusia itu tidak dapat diperbaiki jadi untuk menggelakkannya perlu dimarahi...Tetapi kalau selalu marah pon kadang-kadang boleh mengundang benci atau penyakit jadi nak marah orang itu berpada-pada ya kawan...kalau tak nanti cepat tua...kihkihkih

Emosi Gembira

Wah wah gembira sungguh orang dalam gambar tersebut. Gembira sebab apa eh? Gembira dapat jadi model rasanya hahahahhahaah...emosi gembira amat disukai ramai kerana dengan senyuman sahaja pon dianggap orang tersebut berada dalam mood gembira. Jadi rajin-rajinlah senyum kepada orang kerana senyuman itu sedekah.

Emosi Sedih

Ala-ala comelnya awak buat muka sedih, kenapa sedih sangat tu tak dapat makan ka cik adik? 
Kawan-kawan jangan main-main dengan emosi sedih nanti boleh membawa kepada merajuk susah nak dipujuknya nanti. Sedih juga diperlukan dalam kehidupan manusia kerana ia mampu meningkatkan tahap kemanusiaan dalam diri kita.

BBM3410Satu2019 : Medium Shot ( D' Rose Production)

Medium Shot Manusia


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3



Medium Shot Pemandangan dan Manusia


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3

Holla mi amigos, selamat datang ke blog saya, kali ini saya nak bercerita mengenai teknik asas fotografi ketiga iaitu medium shot. Medium shot ini merupakan asas fotografi yang amat digemari oleh semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda. Medium shot kali ini ialah manusia dan pemandangan atau manusia itu sahaja.
Jadi anda jenis yang mana? Suka medium shot gambar anda dengan pemandangan atau gambar anda sahaja? Bagi saya, saya lebih gemar manusia dan pemandangan, baru gambar itu cantik dan menarik perhatian. Jadi manakah pilihan medium shot anda?  




BBM3410Satu2019 : Long Shot ( D' Rose Production)

Long Shot Pemandangan

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3




Long Shot Pemandangan dan Manusia


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3

Assalamualaikum dan apa khabar semua, sihat ka? Okay Entri kali ini ialah berkenaan Long Shot. Asas fotografi long-shot ini memang wow menariknya...Ia telah menjadi kegemaranku, sebab apa kawan-kawan sebab teknik ini aku nampak keunikkannya tersendiri. Unik bagi aku ialah gambar long shot ni cantik terutamanya untuk gambar pemandangan tapi cantik lagi dalam gambar itu kalau ada manusia sekali baru la gambar hampa semua top meletop. Lokasi untuk keenam-enam gambar di atas ialah di Bukit Ekspo, UPM Serdang. Kalau nak tangkap gambar long shot yang cantik-cantik pi la Bukit Ekspo...pi jangan tak pi pulak...

BBM3410Satu2019: Close-Up ( D' Rose Production)

Gambar Close-Up Manusia


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Gambar Close-Up Bukan Manusia


Gambar 1


Gambar 2



Gambar 3

Hai kawan-kawan, hari ini saya nak perkenalkan 3 gambar Close-Up manusia dan 3 gambar Close-Up bukan manusia...kawan-kawan tahu tak apa itu close-up? Mai kami nak cerita...gambar close-up sama seperti gambar dekat atau dalam erti kata lain gambar dalam jarak dekat. Asas fotografi ini bagi saya amat menarik kerana kita dapat melihat sesuatu objek dengan jelas dan mudah untuk difahami. Bagi saya, mengambil gambar close-up ini ada cabaranya tersendiri, jeng jeng antara cabaranya ialah sudut, jarak dan lighting amat penting. Kalau ketiga-tiga elemen ini tiada alamak gambar tak cantik la adik kakak oiii... 

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...  hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...