Blog merupakan salah satu bentuk medium perbincangan bertulis
dalam kalangan pelajar pada zaman kini. Kegunaan blog pada zaman kini
kebanyakannya digunakan sebagai jurnal atau diari harian. Apa yang saya dapati
ialah blog merupakan salah satu medium laman web yang mesra pengguna di mana
pemilik akaun tersebut senang untuk diuruskan dan mudah untuk mengemaskini.
Blog juga boleh dianggap sebagai salah satu
rangkaian sosial kepada masyarakat untuk berkomunikasi. Sebagai contoh, blog
dapat menghubungkan antara pengguna dengan pengguna yang lain untuk saling
berinteraksi. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa menulis blog dapat
meningkatkan tahap penulisan serta meningkatkan keyakinan dalam menulis.
Perkongsiaan tips dan cerita di dalam blog juga boleh dikongsikan dengan
pembaca yang melewati blog tersebut. Terdapat fitur-fitur yang menarik seperti
pembaca dapat meninggalkan komen atau butang kongsi. Menurut Levy, blog dapat
meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti
melalui penulisan.
Oleh demikian, sesuatu blog itu ia mempunyai
peranan tersendiri dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat dapat
mencari maklumat berkaitan dengan resepi masakan, tips untuk melancong,
perkongsiaan pengalaman dan sebagainya. Apabila saya melayari blog, saya
dapati terdapat perbezaan Bahasa di antara perempuan dan lelaki. Menurut Zaini
Amir (2012) perempuan lebih cenderung atau lebih suka untuk menulis blog
berbanding lelaki. Adakah dunia penulisan ini lebih sebati dengan wanita, hal
ini kerana jalan penceritaan yang dikongsikan oleh wanita dalam laman blog amat
menarik perhatian para pembaca. Mungkin tajuk yang menarik juga mampu
mempengaruhi pembaca atau jalan cerita menarik juga mampu menarik hati pembaca.
Keputusan menunjukkan bahawa menulis dengan menggunakan ayat-ayat yang sangat
baik dan mempunyai jalan cerita yang menarik mampu menarik para pembaca untuk
membaca laman blog tersebut. Jalan cerita atau tips yang dinyatakan oleh mereka
seringkali berlaku dalam kehidupan. Daripada perkongsian tersebutlah ia dapat
membantu insan-insan lain untuk menyelesaikan masalah dengan baik cepat dan
memudahkan.
No comments:
Post a Comment