Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat






Assalamualaikum kawan-kawan...

Pejam celik pejam celik sudah berada pada minggu 14 dan yang paling sedih lagi ialah dah nak habis belajar dah. Sebelum itu, saya nak kongsikan kepada kawan-kawan semua mengenai kisah saya sepanjang semester ini bersama ahli kumpulan saya iaitu D'Rose Production.

Semester 7 merupakan semester akhir bagi kami semua, semester akhir la baru nak ambik subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Dengar cerita daripada senior dan junior bahawa subjek ini sangat seronok tetapi turut dikhabarkan juga pensyarahnya tegas dan banyak kerja. Saya bila dengar sahaja pensyarahnya tegas terus set dalam minda yang kena pi kelas Prof awal ni. 

Pada hari pertama kelas Prof, saya datang awal dan duduk di kerusi 3 daripada belakang, waktu Prof masuk sahaja terus seluruh kelas senyap. Prof masuk terus buat spot check kasut, nasib la saya pakai kasut bertutup waktu itu. Dan tak lupa jugak, pada pertama kelas Prof la kami belajar perkataan Redha. Setiap kali kelas Prof ja kami kena redha dengan segala tugasan yang Prof bagi. 

Pada hari pertama kelas itu lah kumpulan D'Rose Production ditubuhkan. Mula-mula itu, saya masih kekok lagi nak berkawan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Waktu itu saya sedaya upaya mencari jalan untuk mengenali setiap ahli kumpulan saya. Alhamdulillah daripada kurang rapat telah menjadi semakin rapat. Setiap tugasan yang diberikan oleh Prof kepada kumpulan kami, kami lakukan dengan bersemangat sekali demi mendapat pujian daripada Prof. Banyak kenangan yang saya dan rakan -rakan perolehi sepanjang mengambil kursus BBM3410. Daripada kami tidak tahu  kepada tahu, daripada tidak pandai berlakon kepada boleh berlakon, dan banyak lagi lah yang kami pelajari sepanjang mengambil kursus Prof.

Banyak kenangan saya bersama ahli kumpulan D'Rose Production. Sungguh setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan. Terima kasih D'Rose Production kerana sudi mencipta sejarah, kenangan dan memori bersama saya sepanjang semester ini. Cek sayang hampa semua ketat-ketat...

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Dr Normaliza kerana sudi beri tunjuk ajar kepada kami semua mengenai ilmu multimedia, dan tidak lupa juga kepada tutor kami iaitu Encik Akmal yang sudi mengajar kami sepanjang kelas amali. Diharap kesalahan dan kesilapan kami, Prof dan Encik Akmal maafkkan la yer...kosong-kosong la yer..

Sebelum bersurai, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Dr Normaliza, Encik Akmal dan seluruh ahli kumpulan D'Rose Production semua. 

SEMOG KITA BERJUMPA LAGI...


Kelas terakhir bersama Prof 







No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...  hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...