Terdapat 8 perkara atau bab dalam Buku Eh!!! Media Sosial, daripada 8 subtajuk atau bab tersebut ia menerangkan kepada manusia mengenai dunia media sosial. Dalam bab 1, penulis menerangkan gambaran keseluruhan mengenai penggunaan teknologi seperti media sosial sistem pendidikan. Selain itu, penulis juga turut menerangkan jenis-jenis media sosial. Terdapat 6 jenis media sosial iaitu rangakaian sosial, laman penanda, laporan berita sosial, perkongsian melalui media, microblogging dan blogging. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 etika dalam media sosial yang pengguna perlu ikuti bagi mengendalikan medium tersebut. Dalam bab 2 pula, penulis menerangkan mengenai medium Twitter dan trend terkini, pada tahun 2016 terdapat lebih kurang 313 juta pengguna Twitter dalam rangkaian sosial. Penulis mendapati bahawa Twitter telah memberi impak positif dalam kalangan pengguna di Malaysia terutama sekali dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana, Twitter akan digunapakai oleh orang yang memerlukan maklumat sahih (Normaliza Abd Rahim (2011). Oleh itu, penggunaan media sosial seperti Twitter sedikit sebanyak telah memberi impak positif kepada masyarakat terutama sekali dalam memperolehi maklumat.
Dalam bab 3 pula, media seperti Facebook masih lagi digunakan kerana ia merupakan aplikasi web yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna di seantero dunia. Menurut Selwyn (2007) Facebook telah menjadi laman sosial pilihan pelajar kolej kerana pelajar meluangkan lebih banyak masa dalam talian. Daripada hasil kajian kajian mengenai Facebook, penulis merumuskan bahawa Facebook ialah salah satu alat kajian yang berkesan untuk interaksi pelajar terumatanya sekali dalam aktiviti perbincangan berkaitan dengan tugasan mereka. Selain itu, penulis mendapati Facebook ini juga dapat dijadikan sebagai medium berkomunikasi dalam kalangan pelajar terutama sekali dalam proses pembelajaran. Dalam bab 4 ini penulis menceritakan mengenai Instagram itu menyeronokkan. Penulis mendapati Instagram telah menjadi pilihan utama atau kegemaran antara pengguna media sosial dari seluruh dunia. Apa yang menarik tentang Instagram ialah pengguna dapat berkongsi pelbagai gambar dan video mereka kepada pengguna yang lain. Perkongsian gambar dan video yang menarik juga dapat meraih atau menarik perhatian pengguna yang lain.
Di samping itu, e-mail juga masih popular pada masa kini, hal ini kerana tanpa e-mail pengguna tidak dapat membuka akaun media sosial mereka. E-mail juga dianggap sebagai satu medium komunikasi untuk mengarang dan bertukar pesanan. Dalam bab 6, ia menceritakan mengenai blog di dalam kelas Bahasa. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Penulisan blog antara lelaki dan perempuan mempunyai perbezaannya tersendiri. Dalam bab 7 pula, penulis buku menceritakan mengenai penggunaan rangkaian sosial seperti media sosial telah memberi impak yang sangat besar terhadap pengguna di seluruh dunia. Dalam bab ini, penulis telah mendedahkan kepada pembaca mengenai isu masalah penggunaan bahasa dalam kalangan pengguna media sosial. Bab yang terakhir sekali ialah mengenai implikasi pedagogi. Dalam bab ini ia menerangkan mengenai peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar, suasana pembelajaran dan penilaian dan kaedah penilaian. Media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia bagi melancarkan komunikasi.
Implikasi buku Eh!!! Media Sosial kepada pembaca ialah ia dapat meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai media sosial.
RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Harga buku: RM 60
No comments:
Post a Comment