Terdapat pelbagai teori serta aplikasi dalam
bentuk penyelidikan yang terkandung dalam buku “Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi”. Antara bentuk penyelidikan tersebut adalah
meliputi aspek kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan.
Selain itu, buku ini juga turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
tentang kajian wacana dan bahagian mengenai strategi komunikasi. Kedua–dua
aspek ini saling berkaitan antara satu sama lain kerana ia melibatkan aspek komunikasi ujaran, interaksi, tulisan dan
teks. Dalam Bab 1 mengandungi pengenalan mengenai kajian wacana iaitu berkaitan
dengan definisi dan konsep wacana itu sendiri. Manakala dalam Bab 2 pula ia
lebih menjelaskan kepada teori serta pendekatan wacana. Pelbagai teori dan
pendekatan wacana yang telah dibincangkan dalam bab tersebut, antaranya ialah analisis
wacana dan wacana kritis. Seterusnya dalam Bab 3 pula terdapat kajian mengenai
menganalisis tiga bentuk kajian yang berkaitan dengan dengan wacana tekstual
lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan akhir sekali ialah berkaitan
dengan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak.
Dalam buku ini, pendekatan dan teori yang
diperkenalkan akan digunakan untuk menanalisis wacana. Pengenalan mengenai
strategi komunikasi telah diterangkan dengan terperinci iaitu di dalam Bab 4.
Pengenalan mengenai strategi komunikasi ini meliputi kajian berkaitan dengan
ujaran serta interaksi. Dalam Bab 5, kajian ini lebih membincangkan ke arah taksonomi
dan pendekatan strategi komunikasi. Kajian dalam bab ini lebih kepada senarai
taksonomi dan pendekatan. Di samping itu, terdapat huraian yang terperinci
mengenai setiap satu pendekatan dan teori.
Kajian mengenai strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak pula
terdapat dalam Bab 6. Dalam bab
tersebut, taksonomi strategi komunikasi digunakan untuk mengkaji interaksi dan
ujaran kanak-kanak. Dalam Bab terakhir sekali iaitu Bab 7, mengandungi cadangan
penulis iaitu mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi. Implikasi
penggunaan buku ini kepada pengkaji ialah: ia dapat membantu para pembaca
terutamanya sekali penyelidik untuk mengetahui mengenai kajian tentang wacana
dan strategi komunikasi.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit UMT
Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT
No comments:
Post a Comment