Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 8 (0NE SHOT 2 LAYER)


Apa habaq semua? 

Okay blog kali ni cik merah nak kongsikan mengenai video one shot two layer. Semalam dah kongsikan pasal video one shot, kali nie nak kongsi pulak video one shot two layer. Nak tau sebab apa video ni dipanggil one shot two layer?

Ha nak cerita la nie...dia macam nie video one shot nie perlu dirakam secara terus dan tidak boleh di edit tau, kalua salah kena buat sekali lagi. Two layer pula ialah pergerakan dalam video tersebut, maksudnya penyanyi yang miming dan cerita yang dilakonkan oleh pelakon dalam video tersebut.

Untuk video kali ini, kami memilih lagu Ku Bersuara yang dinyanyikan oleh Erni Zakrie. 

Dalam video ini, cik merah memainkan peranan sebagai seorang pengarah dan pelakon tambahan yang memegang watak sebagai seorang lelaki.

Pelbagai cabaran yang kami hadapi sepanjang merakam video one shot two layer nie. Apa-apa pon kita kena enjoy...rupanya menjadi seorang pengarah nie susah la sebenarnya. Sebab apa susah? sebab cik merah tak pernah jadi pengarah...kuang kuang kuang...

Sebelum itu, saksikanlah video daripada kumpulan kami yer.
tekan ja gambar kat atas tu, nanti dia play sendiri. 

Selamat menonton….

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...  hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...