Apa habaq semua...
Hari ini cheq nak cerita sikit tentang keluarga cheq yang ada kat Kedah sana tu. Ayah gan Mak cheq orang Kedah juga, Ayah orang Bedong manakala Mak pula Orang Bukit Jenun. Antara Mak gan Ayah hampa rasa siapa paling garang? mesti la Ayah.
Jadi Cheq dalam kategori anak jati Kedah la kan. Cheq ada enam orang adik-beradik, 4 lelaki dan 2 orang perempuan. Keluarga cheq banyak hero dari heroin. Tu yang kadang-kadang tu kami yang heroin ni pon terikut juga dengan perangai hero-hero yang kat rumah tu. Kadang-kadang tu boleh jadi kami lawan gusti. Anak yang kedua pulak, tentulah saya kakak mereka yang comey lotey. Cheq ada 4 adik bawah cheq, macam-macam kelaku depa empat orang ni, pening kepala cheq dik oiii. Adik yang pertama nama dia Nasrul a.k.a Ba Un atau kami adik beradik panggil dia Bang Bob. Dia ni jenis kuat makan, kalau nak ajak makan ajak dia, tobat dia mau ikut. Adik Cheq yang kedua ni pula nama dia Nazrin a.k.a Ba In atau Cik yen. Dia ni emosi dan mood cepat sangat berubah, kalau hari dia mood okay baik tu baik sungguh, kalau mood tak okay jangan la berani nak kacau dia. Dia ni dalam kategori anak Mak. Dalam keluarga cheq dia la Pak Ustad kami al maklumlah Budak cerdik sikit. Adik cheq yang seterusnya ialah Nureen Karina Kari Kole atau juga dikenali sebagai Kenit. Dia la satu-satunya adik perempuan yang cheq ada. Dia ni badan kecil ja tapi suara kuat nak mampus. Benda yang kami sekeluarga mudah terhibur dengan dia adalah ketawa dia. Kalau hampa semua dengar tobat hampa semua pon terikut nak tergelak sekali. Okay adik cheq yang terakhir sekali ialah Nabil a.k.a Boteq. Dia ni peramah sikit tak padan dengan umur 5 tahun, perangai macam Budak sekolah rendah. Satu keluarga mudah terhibur dengan si Budak ni ialah sebab dia ni lain-lain pada yang lain, hyperaktif sangat. Jenis tak duduk diam ada sahaja projek dia. Kadang-kadang itu ramai ja orang kata yang adik cheq tu anak cheq. Muka cheq macam muka mak-mak orang dah ka. Apa-apa pon terima kasih la sudi membaca tentang kisah keluarga cheq. Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment