Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) 10 cara menulis blog dengan baik ialah :
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
- Tajuk merupakan faktor utama untuk menarik perhatian para pembaca. Hal ini kerana, daripada tajuk ia mampu mendorong pembaca untuk membaca penulisan blog tersebut.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
- selain daripada tajuknya yang menarik, isi kandungan dalam sesebuah cerita juga perlu menarik kerana daripada itu ia mampu mendorong pembaca untuk terus mengikuti laman penulisan blog kita kerana jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan para pembaca.
3. Masukan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
- unsur humor atau kelakar di dalam setiap penulisan blog ialah sangat perlu kerana di samping menarik para pembaca, ia juga dapat mengurangkan tekanan kepada pembaca yang membacanya.
4. Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
- hujah dan isi yang terbaik juga merupakan faktor penting dalam penulisan blog. Oleh itu, penulis perlu memastikan hujah yang disampaikan dapat memberi info kepada pembaca.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
- Para pembaca dapat mengetahui isu- isu semasa atau berita terkini selepas melayari blog penulisan kita. Hal ini kerana, ia dapat memberi tanggapan kepada pembaca bahawa penulisan blog ini mempunyai info dan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penulis perlu menulis menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami oleh seluruh lapisan masyarakat. Dalam menyampaikan ilmu kita perlu memudahkan para pembaca dalam memahami penulisan kita.
7. Dapat dibaca dan difahami dengan pembaca.
- penulisan perlu mudah dibaca dan difahami supaya ia dapat memudahkan para pembaca.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
- komunikasi antara penulis dan pembaca amat penting kerana tujuan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan maklumat.
9. Masukan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog anda.
- ia dapat dijadikan teladan kepada para pembaca serta mendorong para pembaca untuk terus jatuh cinta dengan bahasa itu sendiri. Setiap bahasa dan penulisan mempunyai nilai estetika tersendiri.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
- Selain itu, penulisan yang baik adalah untuk menyampaikan maklumat serta dapat dikongsikan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penulisan yamg berilmu amat penting terumatanya dalam pendidikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2019: Kalendar
Hai apa habaq semua... hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...
-
Assalamualaikum kawan-kawan, hari ini Cik Merah nak ceritakan kisah Alim dengan kek cawan. Sebelum itu Cik Merah nak bagi tahu lah, ...
-
Minggu 12 juga Cik Merah ditugaskan untuk menangkap gambar Emoji manusia. Jadi siapa lagi jadi mangsa cek kalau bukan si Nabil la kena ja...
-
Hai apa habaq semua... hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...
No comments:
Post a Comment