Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Tajuk : Nenek dan Datuk
Penulis : Prof. Dr Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia Terengganu

Alim sekeluarga akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang. Setiap kali pulang ke kampung, Alim akan bermain dengan itik dan ayam. Setelah 30 minit perjalanan, mereka tiba di kampung tersebut dan Alim terus keluar dari kereta dan terus ke reban ayam dan itik. Tiba-tiba Alim sedih, marah dan menangis kerana ayam dan itik tiada di dalam reban. Nenek dan datuk mendapatkan Alim yang sedang menangis. Setelah dipujuk oleh nenek, Alim menuju ke reban ayam yang baharu dengan gembiranya. Setelah bermain dengan ayam dan itik, Alim mendapati suasana rumah nenek dan datuk sudah berubah. Walaupun suasana berubah ia dapat membuatkan Alim sekeluarga menjadi lebih rapat.


Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial :

1. Rangkaian sosial
 seperti facebook. Laman muka buku ini merupakan salah satu platform media yang dapat digunakan sebagai medium penyebaran sesuatu maklumat yang terkini.

2. Perkongsian melalui Media seperti  Instagram dan Youtube. Kedua-dua media ini merupakan media utama dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, ia dapat menarik pembaca dengan hanya melihat gambar atau video

3. Mikroblogging seperti Twitter. Rangkaian media ini mampu menarik para pembaca untuk membaca dan menyebar maklumat dengan mudah serta cepat.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...  hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...