Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...
 hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe photoshop ja untuk edit...
Daripada tak reti nak guna adobe photoshop kepada reti guna tau...
terus jadi minat pulak nak edit gambar.

sebelum itu, mai la tengok hasil edit kalendar cik merah ini...
Yey kalendar dah siap

muka depan kalendar

Bulan Januari ini cik merah letak gambar
 mak gan ayah cik merah

Bulan Februari 
 cik merah letak gambar bersama 
geng HR.

Bulan Mac
gambar bersama kumpulan
 D'Rose Production

Bulan April 
cik merah letak gambar sendiri...

Bulan Mei
 gambar cik merah bersama keluarga

Bulan Jun 
gambar cik merah bersama Sahabat 

Bulan Julai 
 gambar cik merah seorang 
di Masjid Sendayan, Negeri Sembilan.

Bulan Ogos 
gambar cik merah seorang juga, 
Waktu ni cik merah ada program.

Bulan September
Gambar cik merah dan geng HR

Bulan Oktober
gambar bersama sahabat cik merah

Bulan November
gambar cik merah bersama mak dan adik perempuan cik merah

Bulan Disember
Gambar cik merah bersama sahabat baik cik merah


Apa macam lawa dak kalendar cik merah...kalau nak suruh cik merah edit kalendar kat hampa cik merah ok ja...tapi kena bayar la yer....hahahahahaha

ok bye..

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat






Assalamualaikum kawan-kawan...

Pejam celik pejam celik sudah berada pada minggu 14 dan yang paling sedih lagi ialah dah nak habis belajar dah. Sebelum itu, saya nak kongsikan kepada kawan-kawan semua mengenai kisah saya sepanjang semester ini bersama ahli kumpulan saya iaitu D'Rose Production.

Semester 7 merupakan semester akhir bagi kami semua, semester akhir la baru nak ambik subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Dengar cerita daripada senior dan junior bahawa subjek ini sangat seronok tetapi turut dikhabarkan juga pensyarahnya tegas dan banyak kerja. Saya bila dengar sahaja pensyarahnya tegas terus set dalam minda yang kena pi kelas Prof awal ni. 

Pada hari pertama kelas Prof, saya datang awal dan duduk di kerusi 3 daripada belakang, waktu Prof masuk sahaja terus seluruh kelas senyap. Prof masuk terus buat spot check kasut, nasib la saya pakai kasut bertutup waktu itu. Dan tak lupa jugak, pada pertama kelas Prof la kami belajar perkataan Redha. Setiap kali kelas Prof ja kami kena redha dengan segala tugasan yang Prof bagi. 

Pada hari pertama kelas itu lah kumpulan D'Rose Production ditubuhkan. Mula-mula itu, saya masih kekok lagi nak berkawan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Waktu itu saya sedaya upaya mencari jalan untuk mengenali setiap ahli kumpulan saya. Alhamdulillah daripada kurang rapat telah menjadi semakin rapat. Setiap tugasan yang diberikan oleh Prof kepada kumpulan kami, kami lakukan dengan bersemangat sekali demi mendapat pujian daripada Prof. Banyak kenangan yang saya dan rakan -rakan perolehi sepanjang mengambil kursus BBM3410. Daripada kami tidak tahu  kepada tahu, daripada tidak pandai berlakon kepada boleh berlakon, dan banyak lagi lah yang kami pelajari sepanjang mengambil kursus Prof.

Banyak kenangan saya bersama ahli kumpulan D'Rose Production. Sungguh setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan. Terima kasih D'Rose Production kerana sudi mencipta sejarah, kenangan dan memori bersama saya sepanjang semester ini. Cek sayang hampa semua ketat-ketat...

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Dr Normaliza kerana sudi beri tunjuk ajar kepada kami semua mengenai ilmu multimedia, dan tidak lupa juga kepada tutor kami iaitu Encik Akmal yang sudi mengajar kami sepanjang kelas amali. Diharap kesalahan dan kesilapan kami, Prof dan Encik Akmal maafkkan la yer...kosong-kosong la yer..

Sebelum bersurai, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Dr Normaliza, Encik Akmal dan seluruh ahli kumpulan D'Rose Production semua. 

SEMOG KITA BERJUMPA LAGI...


Kelas terakhir bersama Prof 







BBM3410Satu2019: Youtube - Vlog Makanan (Boat Noodles)


Assalamualaikum dan apa habaq semua? sihat ka?

okay untuk video kali cik merah diberikan tugasan Bersama kawan cik merah iaitu Tirah missu untuk membuat sebuah vlog makanan. nak tau kami berdua makan apa? 
mai sini cik merah nak habaq...

kami berdua memilih Boat Noodles di IOI City Putrajaya sebagai lokasi vlog makanan kami. Antara cabaran yang dihadapi oleh kami berdua ialah untuk mencari dimana kedai tersebut berada, kami siap google dan bertanya kepada orang ramai mengenai keberadaan kedai tersebut.

Bukan itu sahaja, cik merah pertama kali membuat vlog makanan tau, waktu itu jangan cakap la ramai orang melihat kami sedang merekod sambal makan. Yang paling kami berdua puas hati ialah pengurus kedai tersebut memberi kerjasama yang baik kepada kami sepanjang vlog itu dijalankan.

Nak tahu makanan tu sedap ka dak? mai la usha video kami...nak lagi mudah dan cepat hanya perlu klik pada gambar diatas dan video tersebut akan mainkan untuk anda.

Selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)


Assalamualaikum semua...apa habaq sihat ka?

hari ni cik merah sedih sebab video yang kelima belas ini merupakan video terakhir Bersama kumpulan D'Rose Production. 

Video kali ini ialah mengenai one shot 3 layer, lagu kali ini menarik dan unik nak tahu lagu apa?
okey lagu kali ini Prof yang pilih sendiri.
Jadi kumpulan kami ditugaskan untuk miming lagu berjudul Saya Tahu oleh Prof Normaliza Abd Rahim yang merupakan hak cipta Universiti Putra Malaysia.

Dalam video kali ini, cik merah memegang watak sebagai seorang ibu kepada anak istimewa. Selain itu, cik merah juga memegang watak sampingan iaitu sebagai orang awam.

Antara cabaran yang dihadapi oleh kumpulan kami ialah kami terpaksa menebalkan muka semasa sesi shooting dijalankan. Walaupun malu tetapi ia sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai kenangan manis dalam kalangan ahli kumpulan kami. 

Sebelum berakhir, saksikanlah video kami yer, sedih cik merah kalua hampa semua tak mau tengok video kumpulan cik merah..tengok tau..

ok selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - Video 14 (TRAGEDI DAN SERAM)


Video 14 merupakan hasil gabungan tragedi dan seram.

Untuk video kali ini cik merah ditugaskan sebagai kru peralatan, jadi cik merah membantu untuk menyediakan peralatan bagi melancarkan proses shooting video. Dalam video kali ini, cik merah hanya memegang watak sampingan iaitu sebagai orang awam. 

Antara cabaran untuk menghasilkan video ini ialah kami terpaksa merakamkan video pada waktu malam. Jangan cakap la kami yang tukang rakam pon dah meremang bulu roma. Perkara yang melucukan hati kami semua ialah seorang pelajar melalui kawasan tempat kami shooting, tiba-tiba dia terlihat kawan saya yang melakonkan watak sebagai hantu pocong, tiba-tiba dia lari meninggalkan rakan-rakannya yang lain dengan jeritan. Kami pada waktu itu hanya terkedu dan sambung kembali ketawa.

Sudahlah shooting hingga lewat malam, dan kami terlupa malam itu ialah malam jumaat.

Jadi tunggu apa lagi saksikanlah video tragedi seram kami di youtube ataupun anda hanya perlu klik atau tekan gambar diatas untuk menyaksikan video tersebut.

Jangan terkejut-terkejut pula semasa menyaksikan video tersebut.

ok bye...

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)


Untuk video kali ini, kami ditugaskan untuk mencipta atau inovasikan sabun basuh baju dalam pelbagai bentuk dan jenis kegunaan.

Antara produk serbuk pencuci baju kami ialah: 
1) Sabun basuh dalam sebatang pen.
2) D'Rose kapsul sabun cecair
3) Sabun spray D'Rose bagi kegunaan mencuci tudung dan tujuan membawa semasa melancong.
4) Sabun sangkut D'Rose 
5) D'Rose magic tablets
6) D'Rose Sabun beku

Antara cabarannya ialah melukis dan inovasi sesuatu produk pencuci. Prof ada cakap kita kena redho dalam apa jua keadaan, mungkin nanti kejayaan pasti menanti.

Dalam video kali ini cik merah ditugaskan sebagai editor video. Semenjak menjadi editor, kemahiran mengedit video cik merah semakin baik. 

Sebelum bersurai, saksikanlah video produk sabun pencuci daripada kumpulan kami yer...
ingat tekan gambar di atas, nanti ia akan mainkan untuk anda.

selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - Video 12 (Temu Bual)


Untuk video 12, kami ditugaskan untuk membuat sebuah vlog temu bual pensyarah dan pelajar. Vlog kali ini adalah bersifat dokumentari. 

Kumpulan kami telah memilih Pensyarah yang dikenali sebagai Miss Nurul Faezah Hamzah yang merupakan seorang pensyarah Bahasa asing. Lokasi yang temu bual kali ini ialah di bilik pensyarah tersebut iaitu di Bilik Cempaka Sari, CALC, UPM Serdang.

Bagi pelajar pula, kami memilih Cik Farinah Mohd yang merupakan seorang pelajar daripada program Sastera Melayu.

Kedua-dua mereka ditanya mengenai kegunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

untuk video kali ini, cik merah ditugaskan sebagai editor video. Antara cabaran yang dihadapi oleh kumpulan kami ialah untuk mencari pensyarah, kumpulan kami menghadapi masalah tersebut kerana kebanyakan pensyarah yang kami kenali tidak lapang pada waktu tersebut.

Sebelum bersurai, saksikanlah video kami yer di atas, hanya klik dan ia akan mainkan untuk anda semua...

selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...  hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...