Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...
 hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe photoshop ja untuk edit...
Daripada tak reti nak guna adobe photoshop kepada reti guna tau...
terus jadi minat pulak nak edit gambar.

sebelum itu, mai la tengok hasil edit kalendar cik merah ini...
Yey kalendar dah siap

muka depan kalendar

Bulan Januari ini cik merah letak gambar
 mak gan ayah cik merah

Bulan Februari 
 cik merah letak gambar bersama 
geng HR.

Bulan Mac
gambar bersama kumpulan
 D'Rose Production

Bulan April 
cik merah letak gambar sendiri...

Bulan Mei
 gambar cik merah bersama keluarga

Bulan Jun 
gambar cik merah bersama Sahabat 

Bulan Julai 
 gambar cik merah seorang 
di Masjid Sendayan, Negeri Sembilan.

Bulan Ogos 
gambar cik merah seorang juga, 
Waktu ni cik merah ada program.

Bulan September
Gambar cik merah dan geng HR

Bulan Oktober
gambar bersama sahabat cik merah

Bulan November
gambar cik merah bersama mak dan adik perempuan cik merah

Bulan Disember
Gambar cik merah bersama sahabat baik cik merah


Apa macam lawa dak kalendar cik merah...kalau nak suruh cik merah edit kalendar kat hampa cik merah ok ja...tapi kena bayar la yer....hahahahahaha

ok bye..

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat






Assalamualaikum kawan-kawan...

Pejam celik pejam celik sudah berada pada minggu 14 dan yang paling sedih lagi ialah dah nak habis belajar dah. Sebelum itu, saya nak kongsikan kepada kawan-kawan semua mengenai kisah saya sepanjang semester ini bersama ahli kumpulan saya iaitu D'Rose Production.

Semester 7 merupakan semester akhir bagi kami semua, semester akhir la baru nak ambik subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Dengar cerita daripada senior dan junior bahawa subjek ini sangat seronok tetapi turut dikhabarkan juga pensyarahnya tegas dan banyak kerja. Saya bila dengar sahaja pensyarahnya tegas terus set dalam minda yang kena pi kelas Prof awal ni. 

Pada hari pertama kelas Prof, saya datang awal dan duduk di kerusi 3 daripada belakang, waktu Prof masuk sahaja terus seluruh kelas senyap. Prof masuk terus buat spot check kasut, nasib la saya pakai kasut bertutup waktu itu. Dan tak lupa jugak, pada pertama kelas Prof la kami belajar perkataan Redha. Setiap kali kelas Prof ja kami kena redha dengan segala tugasan yang Prof bagi. 

Pada hari pertama kelas itu lah kumpulan D'Rose Production ditubuhkan. Mula-mula itu, saya masih kekok lagi nak berkawan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Waktu itu saya sedaya upaya mencari jalan untuk mengenali setiap ahli kumpulan saya. Alhamdulillah daripada kurang rapat telah menjadi semakin rapat. Setiap tugasan yang diberikan oleh Prof kepada kumpulan kami, kami lakukan dengan bersemangat sekali demi mendapat pujian daripada Prof. Banyak kenangan yang saya dan rakan -rakan perolehi sepanjang mengambil kursus BBM3410. Daripada kami tidak tahu  kepada tahu, daripada tidak pandai berlakon kepada boleh berlakon, dan banyak lagi lah yang kami pelajari sepanjang mengambil kursus Prof.

Banyak kenangan saya bersama ahli kumpulan D'Rose Production. Sungguh setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan. Terima kasih D'Rose Production kerana sudi mencipta sejarah, kenangan dan memori bersama saya sepanjang semester ini. Cek sayang hampa semua ketat-ketat...

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Dr Normaliza kerana sudi beri tunjuk ajar kepada kami semua mengenai ilmu multimedia, dan tidak lupa juga kepada tutor kami iaitu Encik Akmal yang sudi mengajar kami sepanjang kelas amali. Diharap kesalahan dan kesilapan kami, Prof dan Encik Akmal maafkkan la yer...kosong-kosong la yer..

Sebelum bersurai, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Dr Normaliza, Encik Akmal dan seluruh ahli kumpulan D'Rose Production semua. 

SEMOG KITA BERJUMPA LAGI...


Kelas terakhir bersama Prof 







BBM3410Satu2019: Youtube - Vlog Makanan (Boat Noodles)


Assalamualaikum dan apa habaq semua? sihat ka?

okay untuk video kali cik merah diberikan tugasan Bersama kawan cik merah iaitu Tirah missu untuk membuat sebuah vlog makanan. nak tau kami berdua makan apa? 
mai sini cik merah nak habaq...

kami berdua memilih Boat Noodles di IOI City Putrajaya sebagai lokasi vlog makanan kami. Antara cabaran yang dihadapi oleh kami berdua ialah untuk mencari dimana kedai tersebut berada, kami siap google dan bertanya kepada orang ramai mengenai keberadaan kedai tersebut.

Bukan itu sahaja, cik merah pertama kali membuat vlog makanan tau, waktu itu jangan cakap la ramai orang melihat kami sedang merekod sambal makan. Yang paling kami berdua puas hati ialah pengurus kedai tersebut memberi kerjasama yang baik kepada kami sepanjang vlog itu dijalankan.

Nak tahu makanan tu sedap ka dak? mai la usha video kami...nak lagi mudah dan cepat hanya perlu klik pada gambar diatas dan video tersebut akan mainkan untuk anda.

Selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)


Assalamualaikum semua...apa habaq sihat ka?

hari ni cik merah sedih sebab video yang kelima belas ini merupakan video terakhir Bersama kumpulan D'Rose Production. 

Video kali ini ialah mengenai one shot 3 layer, lagu kali ini menarik dan unik nak tahu lagu apa?
okey lagu kali ini Prof yang pilih sendiri.
Jadi kumpulan kami ditugaskan untuk miming lagu berjudul Saya Tahu oleh Prof Normaliza Abd Rahim yang merupakan hak cipta Universiti Putra Malaysia.

Dalam video kali ini, cik merah memegang watak sebagai seorang ibu kepada anak istimewa. Selain itu, cik merah juga memegang watak sampingan iaitu sebagai orang awam.

Antara cabaran yang dihadapi oleh kumpulan kami ialah kami terpaksa menebalkan muka semasa sesi shooting dijalankan. Walaupun malu tetapi ia sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai kenangan manis dalam kalangan ahli kumpulan kami. 

Sebelum berakhir, saksikanlah video kami yer, sedih cik merah kalua hampa semua tak mau tengok video kumpulan cik merah..tengok tau..

ok selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - Video 14 (TRAGEDI DAN SERAM)


Video 14 merupakan hasil gabungan tragedi dan seram.

Untuk video kali ini cik merah ditugaskan sebagai kru peralatan, jadi cik merah membantu untuk menyediakan peralatan bagi melancarkan proses shooting video. Dalam video kali ini, cik merah hanya memegang watak sampingan iaitu sebagai orang awam. 

Antara cabaran untuk menghasilkan video ini ialah kami terpaksa merakamkan video pada waktu malam. Jangan cakap la kami yang tukang rakam pon dah meremang bulu roma. Perkara yang melucukan hati kami semua ialah seorang pelajar melalui kawasan tempat kami shooting, tiba-tiba dia terlihat kawan saya yang melakonkan watak sebagai hantu pocong, tiba-tiba dia lari meninggalkan rakan-rakannya yang lain dengan jeritan. Kami pada waktu itu hanya terkedu dan sambung kembali ketawa.

Sudahlah shooting hingga lewat malam, dan kami terlupa malam itu ialah malam jumaat.

Jadi tunggu apa lagi saksikanlah video tragedi seram kami di youtube ataupun anda hanya perlu klik atau tekan gambar diatas untuk menyaksikan video tersebut.

Jangan terkejut-terkejut pula semasa menyaksikan video tersebut.

ok bye...

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)


Untuk video kali ini, kami ditugaskan untuk mencipta atau inovasikan sabun basuh baju dalam pelbagai bentuk dan jenis kegunaan.

Antara produk serbuk pencuci baju kami ialah: 
1) Sabun basuh dalam sebatang pen.
2) D'Rose kapsul sabun cecair
3) Sabun spray D'Rose bagi kegunaan mencuci tudung dan tujuan membawa semasa melancong.
4) Sabun sangkut D'Rose 
5) D'Rose magic tablets
6) D'Rose Sabun beku

Antara cabarannya ialah melukis dan inovasi sesuatu produk pencuci. Prof ada cakap kita kena redho dalam apa jua keadaan, mungkin nanti kejayaan pasti menanti.

Dalam video kali ini cik merah ditugaskan sebagai editor video. Semenjak menjadi editor, kemahiran mengedit video cik merah semakin baik. 

Sebelum bersurai, saksikanlah video produk sabun pencuci daripada kumpulan kami yer...
ingat tekan gambar di atas, nanti ia akan mainkan untuk anda.

selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - Video 12 (Temu Bual)


Untuk video 12, kami ditugaskan untuk membuat sebuah vlog temu bual pensyarah dan pelajar. Vlog kali ini adalah bersifat dokumentari. 

Kumpulan kami telah memilih Pensyarah yang dikenali sebagai Miss Nurul Faezah Hamzah yang merupakan seorang pensyarah Bahasa asing. Lokasi yang temu bual kali ini ialah di bilik pensyarah tersebut iaitu di Bilik Cempaka Sari, CALC, UPM Serdang.

Bagi pelajar pula, kami memilih Cik Farinah Mohd yang merupakan seorang pelajar daripada program Sastera Melayu.

Kedua-dua mereka ditanya mengenai kegunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

untuk video kali ini, cik merah ditugaskan sebagai editor video. Antara cabaran yang dihadapi oleh kumpulan kami ialah untuk mencari pensyarah, kumpulan kami menghadapi masalah tersebut kerana kebanyakan pensyarah yang kami kenali tidak lapang pada waktu tersebut.

Sebelum bersurai, saksikanlah video kami yer di atas, hanya klik dan ia akan mainkan untuk anda semua...

selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)


Untuk video 11 kali ini, kumpulan D'Rose Production ditugaska untuk membuat video fokus. Objek yang kami fokus dalam video kali ialah seutas tasbih.

Dalam video kali ini cik merah a.k.a farhani telah memegang watak Utama bagi video kali ini. Pengalaman  cik merah semasa memegang watak Utama ini sangat berat sekali kerana watak Utama membuat peranan besar dalam sesuatu cerita dan video tersebut.

Antara cabaran yang dihadapi oleh cik merah ialah melakonkan watak seorang lelaki. Untuk menjiwai watak lelaki sangat la susah sebab cik merah perlu jalan seperti lelaki, duduk seperti lelaki dan cara pakaian juga persis lelaki. Memakai kain pelikat adalah sangat susah kepada cik merah.

Untuk video kali ini, cik merah sekali lagi ditugaskan sebagai editor video. Hanya sekadar membantu editor yang lain semasa proses edit video dilakukan.

sebelum itu, saksikan lah video kami yer...tekan ja dekat gambar di atas itu, nanti dia akan mainkan untuk anda semua...

selamat menonton ya kawan-kawan...

Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Youtube - Video 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)


Hai apa habaq semua?

Okey blog kali nie cik merah nak kongsikan mengenai video kesepuluh kami iaitu Vlog majlis konvokesyen UPM kali ke 43.

Dalam video kali ini setiap ahli mempuyai tugas dan peranan masing. Cik merah diberikan tugas sebagai wartawan untuk menemu ramah waris graduan UPM. Pengalaman cik merah berlakon sebagai wartawan.

Antara cabarannya untuk video kali ialah cara untuk bercakap atau mendekati para waris dan graduan. Takut sebenarnya nak cakap banyak dalam video tersebut sebab Prof nak 5 minit sahaja tapi vlog kali ini lebih 10 minit....

Dalam video ni Cik Merah ditugaskan menjadi jurukamera untuk merakam video vlog untuk kali ini...

Apa-apa pon cik merah nak habaq la yang seronok rupanya pi majlis konvokesyen nie....

Sebelum bersurai tekan kat gambar kat atas tu untuk anda saksikan video daripada ahli kumpulan kami...

Ok selamat menonton yer...

BBM3410Satu2019: Youtube - Video 9 (ONE SHOT 3 LAYER)


Hai apa habaq? 

Blog kali nie cik merah nak kongsikan video one shot 3 layer daripada kumpulan D'Rose Production. Kali nie video dia lain macam sikit yer...kami main pengantin-pengantin pulak tau...

Okey untuk video kali ini cik merah memegang peranan sebagai penyanyi no 3 yer....

Lagu yang dipilih untuk video kali ialah bertajuk Ketika Itu oleh Zulin Aziz.

Cabaran untuk video kali ini ialah cik Merah kena miming lagu tersebut, ambik mood jugak la nak hafal lirik tu. Masa hari kejadin untuk shooting tu kelakar gila, cik merah menyanyi sambil tutup mata kot. Main dengan tutup mata nie maksudnya tengah menghayati sungguh....

Cabaran kedua untuk video kali ini ialah sewaktu nak edit video kali ini. Kami 3 orang termasuk saya, Inah dan Yana terpaksa edit daripada pukul 8.30 malam hingga 4.30 pagi...mencabar sungguh nak edit video yer tambah-tambah part nak bagi samakan lagu dengan miming penyanyi...

Okay sebelum itu kalau nak tengok video kumpulan kami boleh ja tekan dekat gambar kat atas tu nanti dia akan mainkan untuk anda.

Selamat menonton...

Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 8 (0NE SHOT 2 LAYER)


Apa habaq semua? 

Okay blog kali ni cik merah nak kongsikan mengenai video one shot two layer. Semalam dah kongsikan pasal video one shot, kali nie nak kongsi pulak video one shot two layer. Nak tau sebab apa video ni dipanggil one shot two layer?

Ha nak cerita la nie...dia macam nie video one shot nie perlu dirakam secara terus dan tidak boleh di edit tau, kalua salah kena buat sekali lagi. Two layer pula ialah pergerakan dalam video tersebut, maksudnya penyanyi yang miming dan cerita yang dilakonkan oleh pelakon dalam video tersebut.

Untuk video kali ini, kami memilih lagu Ku Bersuara yang dinyanyikan oleh Erni Zakrie. 

Dalam video ini, cik merah memainkan peranan sebagai seorang pengarah dan pelakon tambahan yang memegang watak sebagai seorang lelaki.

Pelbagai cabaran yang kami hadapi sepanjang merakam video one shot two layer nie. Apa-apa pon kita kena enjoy...rupanya menjadi seorang pengarah nie susah la sebenarnya. Sebab apa susah? sebab cik merah tak pernah jadi pengarah...kuang kuang kuang...

Sebelum itu, saksikanlah video daripada kumpulan kami yer.
tekan ja gambar kat atas tu, nanti dia play sendiri. 

Selamat menonton….

BBM3410Satu2019: Youtube - VIDEO 7 (ONE SHOT)


Apa habaq semua… sihat ka?

okay blog kali ni cik merah kongsikan sikit pasal video one shot. Setelah tamat video tentang asas fotografi, kumpulan kami diberikan peluang untuk membuat atau merakam video one shot.

video one shot kali ini, kami seluruh ahli kumpulan bersetuju untuk miming lagu Hutang daripada kumpulan penyanyi Floor 88. 

Dalam video ini, cik merah memainkan peranan sebagai penari latar untuk lagu tersebut. Dah macam masuk kelas Zumba dah. Cabaran video kali ini ialah cik merah dengan ahli kumpulan semua kena berlatih dan hafal step untuk menari. Waktu ni jangan cakap la berpeluh-peluh...kami berlatih  hampir setiap malam. Akhirnya kami Berjaya jugak.

Sebelum itu, saksikanlah video one shot kami kat atas tu yer. Tekan ja sat gi dia play sendiri.

Selamat menonton semua...

BBM3410Satu2019: Youtube - FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY)


Apa habaq semua….

Okay blog kali ini cik Merah nak cerita mengenai video fotografi mengenai flatlay.
Dalam kelas Prof, kami didedahkan dengan 4 sudut flatlay tau. 

1. flatlay (90 darjah)
- waktu ni kamera betul-betul ada atas objek yang hendak difokuskan itu.

2. Half flatlay (45 darjah)
- kedudukan kamera berada disudut 45 darjah dari lantai dimana objek yang difokuskan itu.

3. Quarter flatlay (15 darjah)
- kedudukan kamera berada disudut  15 darjah dari lantai dimana objek yang hendak difokuskan itu.

4. Zero flatlay (0 darjah)
- kamera berada betul-betul pada lantai dimana objek yang hendak difokuskan itu.

Tugasan kali ini ialah menangkap gambar flatlay barang, manusia, makanan, minuman dan bebas. Setiap gambar perlu diselitkan sekali dengan buku Prof sebagai bukti tau.

Video kali ini, cik Merah ditugaskan sebagai Editor untuk mengedit video kumpulan kami. Bukan setakat minat tangkap gambar tau, edit video pon cik Merah suka buat tau. 
kelas Prof adalah kelas yang paling cek suka masuk sebab nak belajar mengenai dunia fotografi dengan editing video.

sebelum itu mai la tengok video kumpulan kami kat atas tu, tekan ja sat gi dia play sendiri.

okay selamat menonton...

BBM3410Satu2019: Youtube - FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)


Apa habaq semua…sihat ka?

okey video untuk kali ini ialah mengenai simpulan Bahasa, setiap simpulan Bahasa akan dilakonkan oleh semua ahli bagi menyampaikan maksud simpulan Bahasa itu sendiri. nak tahu simpulan Bahasa apa kumpulan kami ambil untuk lakonkan ?

berikut ialah 10 simpulan Bahasa kumpulan kami pilih:
1. ringan tulang
2. buruk siku
3. hidung tinggi
4. sakit mata
5. langkah kanan
6. berat mata
7. rambang mata
8. pasang telinga
9. hancur hati
10. duit kopi


Dalam video kali ini, cik Merah sekali lagi diberikan mandat atau tugas sebagai jurukamera lagi...
yeay yeay jadi lagi...terima kasih sebab sudi ambil saya sebagai jurukamera lagi...
hampa semua tunggu apa lagi klik video kat atas tu nanti dia play sendiri tau...

okay selamat menonton..

BBM3410Satu2019: Youtube FOTOGRAFI 3 (POTRET & SWAFOTO)



Hai kawan-kawan untuk tugasan video kedua kali ini kumpulan Cik Merah diberikan tugas sebagai jurukamera untuk menangkap gambar potret setiap ahli kumpulan D'Rose. Bersyukur sangat dapat jadi jurukamera sebab dah berangan lama dah nak jadi jurukamera….kih kih.

Okey tugasan kali ini, sebanyak 11 gambar potret perlu ditangkap dalam kalangan ahli, macam-macam gaya dan posing setiap ahli D'Rose lakukan, ala-ala model pon ada tau. Dalam kumpulan kami ini banyak bunga jadi kita enjoy la ambik pelbagai gaya dalam kalangan ahli. Selain daripada potret gambar swafoto dalam kalangan ahli kumpulan juga wajib tambah-tambah Prof minta swafoto yang unik-unik. Apa lagi kami bagi yang unik-unik la.. sebelum itu, maia la usha tengok hasil video kami kat atas tu. Tekan ja sat gi dia play sendiri. 
Selamat menonton

BBM3410Satu2019 -Youtube FOTOGRAFI 2







Apa habaq semua, blog kali ini Cik Merah nak cerita kat hampa semua pasal video pertama kumpulan Cik Merah. Video ini mengenai fotografi gambar seperti pemandangan, silhouette, kabur manusia, kabur objek, kabur tumbuhan seperti bunga, kabur haiwan, pendua cermin, pendua air, bayang manusia dan bayang manusia dengan objek. Kesemua fotografi ini dilakukan Bersama dengan ahli kumpulan. Cik Merah kalau bab ambil gambar ni cek suka sangat. Sebab dulu berangan nak nak jadi fotographer. Tugasan cik Merah sepanjang video tersebut ialah bahagian keselamatan. Setiap ahli kumpulan D' Rose Production Cik Merah la jaga sepanjang sesi fotografi dilakukan. Dah macam bodyguard dah masa tu....apa-apa pon best dan mencabar juga yer tugasan sebagai keselamatan.


Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12 ( Emoji dan Swafoto bersama Prof)

Swafoto Bersama Prof...akhirnya Misi Ejen Mira Berjaya...

Ini ialah adik saya, nama dia nabil 
jadi tak dia buat emoji yang malu sambil tutup mulut?
apa-apa pon adik saya memang comel macam saya...kihkihhkih...


BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12 (Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial)


Minggu 11 kena buat ulasan Buku Wacana, masuk minggu 12 pulak kena buat pulak ulasan Buku Eh!!! Media Sosial...Makin pandai dan cerdik la saya sepanjang 2 minggu ini. Minggu 12 ini gambar dia unik sikit..sebab kena tangkap yang unik Bersama buku Prof. Nasib Prof komen kata gambar saya tu unik….hahahahahah...terima kasih atas pujian Prof...

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11 (Ulasan Buku Kajian Wacana & Strategi Komunikasi Teori & Aplikasi)


Minggu 11, kami kena buat ulasan keseluruhan bab untuk  Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. 
Selepas daripada membuat ulasan bab tersebut saya dapati diri saya sudah mula menjadi cerdik dan pandai...

Apa-apa pon buku Prof nie seronok la apabila dibaca...
macam-macam ilmu yang saya ketahui...

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11 (Ibu dan Keberkatan)

Sumber keberkatan Mira ialah Mak dan Ayah.
kakak sayang Mak dan Ayah seluruh jiwa kakak...
Merekalah sumber kekuatan Mira selama ini...

Ini ialah Mak saya, orang kampung panggil Mak saya sebagai Kak Ma atau Ma.
Ramai cakap muka saya saling tak tumpah seperti mak saya...
I Love You Mak...

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10 (Kegembiraan dan Kelegaan)

Kegembiraan cik merah ialah apabila bermain dengan kanak-kanak.
Disebabkan muka mereka yang comel dan lucu, mereka telah membuat hati cek gembira.

Kelegaan bagi cik merah ialah apabila melihat adiknya Nabil Afif telah sembuh daripada penyakit penat (asthma)...
betapa leganya saya apabila melihat dia semakin hari semakin aktif dan ceria..
Paling tak boleh lupa ialah lepas sihat sepenuhnya, hari-hari tapau kita nak beli ais krim
habis la....

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 9 ( Keredhaan dan ketenangan)

Apabila melihat muka dan gambar keluarga sendiri, hati Cik Mira akan menjadi tenang.
Merekalah sumber ketenangan Cik Mira...
kalau sedih atau ada masalah, Cik Mira akan telefon atau tengok muka keluarga Mira untuk membuatkan hati cik Mira tenang.

Macam inilah muka saya apabila redha Prof. 
saya rasa muka redha saya ni ramai orang kata saya nie garang...
kihkih..garang ka saya Prof?


BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 4 (Tips belajar)


Nak tahu tips belajar Cik Merah? Mai la baca atau usha dekat Instagram Cik Merah...
Pasti result setiap sem gempak dan meletup….

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Kedua-dua gambar di atas merupakan tugasan minggu 6.
Apa macam ayu dak Cik Merah bagi gambar yang pertama sekali tu?
gambar yang bawah tu pula ialah gambar Cik Merah tengah buat muka garang...hahahahah...
lari dulu...

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 4


Ini merupakan kumpulan D'Rose Production,
 terdapat seramai 11 orang dalam ahli kumpulan kami.
sewaktu ini, kami sedang menjalankan sesi shooting untuk fotografi.


chaiyok D'ROSE Production...

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 3

 Selepas membuka akaun Instagram, kami ditugaskan untuk membuka akaun blogspot pula, ini merupakan pengalaman paling berharga kepada cik Merah sebab tak pernah buka lagi akaun blog. Untuk Instagram minggu 3, kami perlu memuat naik gambar mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Selain itu, kami perlu memuat naik gambar cerita pendek mengenai nenek dan datuk ke dalam IG sebagai bukti setelah tugasan blog selesai dilakukan. Terlupa nak bagi tahu yang blog cik Merah ialah Farhani Zaffrey...

BBM3410SATU2019: Instagram Minggu 1 (Muka Redha)

Hai kawan-kawan Cik Merah...

Ingat lagi cek yang first day kelas kena buka akaun Instagram...
kalaut-kalut cek buka IG baru padahal IG yang lama ada tapi tak mau guna...

inilah gambar first kena upload dekat IG...

jangan lupa follow IG cek yer
cari  ja nama rose.farhanie

nama IG kumpulan kami (D'Rose Production) unik sikit sebab apa unik?
sebab sebelum nama sebenar kumpulan kami letak nama rose di hadapan...

apa macam rare dan unik tak?

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 12 (Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial)


Kelas amali pada minggu 12, kami perlu membuat ulasan keseluruhan bab Buku Eh!!! Media Sosial..
Sungguh ujian yang diberikan sungguh mencabar. Apa-apa kena redho baru hidup kita bahagia..
Semenjak daripada itu, saya sudah pandai untuk membuat Ulasan...kihkihkih..

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 12 (Swafoto bersama Prof)

Akhirnya misi ejen Mira Berjaya..

Terima Kasih Prof Sudi Swafoto dengan saya...
Sebelum itu minta maaf sebab ganggu Prof tengok cerita Korea...


BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 12 ( Emoji)


Apa macam jadi dak nabil buat emoji...

Tugasan minggu 12 punya pasal, kakak ambil gambar sebagai modelnya...
jadi nabil redho la yer kakak guna gambar hang sebagai contoh emoji manusia..

Terima Kasih Nabil sudi jadi model...
nanti kakak belanja hang makan ais krim ok..
muah muah muah...

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 11 (Ulasan Buku Kajian Wacana & Strategi Komunikasi Teori & Aplikasi)


Tugasan minggu 11, diberikan lagi tugasan mengenai ulasan...
Kali ini aura dia lain macam sikit sebab kena buat ulasan keseluruhan bab dalam Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.

cek redho Prof walaupun jenuh juga la nak taip...

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 11 (Keberkatan)

Mak dan Ayah merupakan sumber KEBERKATAN dalam hidup Cik Merah...
setiap kali nak buat benda pelik, jahat, tak senonoh atau buruk mesti cek akan teringat kat depa dua nie...
Terima Kasih Mak dan Ayah 

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 11 (IBU)



Tugasan pada minggu 11 ialah pelajar perlu kenalkan Ibu atau Emak masing-masing...

Mak saya bernama Norma binti Hashim
berasal daripada Kedah
bekerja sebagai pembantu perawatan kesihatan di hospital Yan.
Mak saya ni seorang yang garang, tegas dan lawak orangnya. 
Untung siapa yang jadi menantu mak saya...

Saya Sayang Mak

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 10 (Kelegaan)

Erti kelegaan buat seorang kakak ialah apabila adiknya si Nabil sihat daripada penyakit penat (asthma)..
Dapat tengok dia sihat pon cek dah lega...

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 10 (Kegembiraan)

Gambar di atas ialah gambar Kegembiraan...

Tugasan pada minggu 10 ialah kebanyakannya ialah pelajar perlu post gambar Kegembiraan. Erti kegembiraan Cik Merah ialah apabila Bersama dengan kanak-kanak...

Tengok muka kanak-kanak sahaja ia mampu gembirakan hati cek...

Bukan setakat itu sahaja...keluarga cek juga merupakan sumber kegembiraan Cik Merah...


BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 9 (Ulasan Bab 5)


Selain daripada memberi kata-kata motivasi, kami ditugaskan untuk membuat ulasan mengenai bab 5 iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi.

Jadi pada minggu 9 ini tugasan yang diberikan agak santai tetapi jenuh jugalah nak karang ulasan pon..
apa-apa pon hampa jangan lupa untuk membaca ulasan cek di Facebook cek yang bernama Mira Almera yer...

Ok selamat membaca la yer...

BBM3410Satu2019: Kalendar

Hai apa habaq semua...  hari ini cik merah nak kongsikan kalendar buatan cik merah kat hampa semua. Kalendar ini cik merah pakai adobe ph...